hoi malaysia! ceh, ganasnya saya mengucap selamat pagi ke malaysia. hakhak. hei, saya ada pengunguman penting untuk pengunjung blog saya, saya... saya.. saya tertinggal cermin mata di kampong. Pada mulanya saya cuba ambil tidak kesah kerana saya bukannya ke sekolah. Hanya sekadar di rumah. Ianya tidak penting.Betapa sombongnya manusia ini. dia melupakan cermin mata tanpa mengetahui bahawa cermin matalah punca kejayaannya. Kejayaan??!!! saya penah berjaya ker?? ok, sambong balik citer.
Namun apabila difikir2.. saya ada kelas pada hari rabu ni! apa harus saya buat. pergi ke sekolah tanpa cermin mata?? saya x pernah mengimpikannya. bagaimana?? bagaimana?? mimpi ngeri mula menghantui saya apabila saya tetiba teringat saya akan pergi ke lawatan. ya allah. dugaan apa ini?? dan seterusnya hidup saya gelap, tiada lagi cahaya, tiada lagi blue hippo. saya tiada selera untuk makan. cermin mata, maafkan tuanmu ini! pulanglah! tuanmu merinduimu. dialog sedih:
saya: mama, iqah x nak makan, x der selera
mama: mama x masak poon.
sesungguhnya mama tidak mengetahui kesedihan saya kerana kehilangan cermin mata. Mama asyik dengan popia basahnya yang baru dipelajari bersama rakannya.cermin mata!! jgn terkejut saya dtg ke sekolah tanpa cermin mata dengan muka yg sembab dan mata yg bengkak. saya akkhirkan cerita saya dgn sekian terima kasih kerana mendengar luahan hati saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan