Isnin, 27 Disember 2010

blogging



ah, bosan kembali merebut takhta. mengapa ia x boleh biarkan gembira mengambil takhta itu?? mengapa?! ah, sudahlah(mengesat hingus). saya sendirian di rumah ditemani dgn ikan-ikan saya yg hanya mampu memandang sayu ke arah saya. saya seperti terdengar suara


" tuan, maafkan kami kerana x dapat menemani tuan. Kami hanyalah ikan yang duduk terkurung didalam kotak ni. maafkan kami tuan"


saya pada mulanya terharu namun tersentak di pertengahan cerita. apa dier panggil?! kotak?! hei ikan x guna, aku dh mahal2 beli aquarium tu, kau boleh panggil kotak! huh! alangkah bagusnya kalau ikan saya tu menjelma menjadi putera raja yang hidup di planet zadora seperti cerita dongeng putera katak. dier sedang mencari cinta sejati.

acehceh kau,fiqah! kau ngan tina tu lain sikap. kalau katak dier hilang, dier mengangis tersedu-sedu, tapi kau! ikan kau hilang kau boleh berpesta lagi! apatah lagi hilang! kau dgn muka yg selamba amik ikan tu pastu buang! heh!

walla atok tua x sedar diri ni! nak membebel lak dier. kalau ikan saya mati, saya akan goreng! x der lah kejam sgt sampai nk buang ikan tu.


ok rakan-rakan. seminggu lagi kita mau bersekolah. apa nak jadi ngan dunia ni?! kenapa masa begitu pantas! peralatan sekolah masih tersimpan kemas di baah katil. beg sekolah?! saya.. saya.. tidak dibenarkan membeli beg sekolah! mengapa tuan hakim menjatuhkan hukuman begitu kejam terhadap saya?! apa salah saya?! saya akan turun naik mahkamah untuk mendapatkan hak saya! yaa, pasti!

di sini saya ingin memberikan sekalung tahniah kepada cerita ini:

he's beautiful

easy fortune happy life

disney waktu rehat

oh my lady!

cerita yg bez! saya x sukalah cerita bukan diriku! x best langsung. x logik tahu! lepas kes saya selesai, saya nak pergi lagi ke syarikat astro. orang dh hafal dh muka saya. sebab-sebab saya x puas ati:

1. cerita dier asyik ulang-ulang jer

2. banyak cerita hantu

oklah, saya dah melalut-lalut dh ni. bai

Selasa, 21 Disember 2010

percutian

percutian?? ya, bercuti. saya bercuti ke kota A famosa. kota jajahan british itu!! eh, betol ker british?? err. saya hanya bantai. sejarah. saya mmg lemah bab tu. eh, dh belajar ke negeri melaka?? ceh, melampau la tu. mau puan marzitah dtg dgn parang tersisip di pinggang.

sapanjang perjalanan, saya hanya membisu seribu kata. tapi yg sebenarnya saya sdg mengunyah chewing gum dg npalbagai gaya. sehinggakan mulut saya tercabut lalu tergolek kebawah. haha. x de ar. karut!

kira2 pukul 2 ptg, kereta saya dgn megahnya meluncur laju masuk ke kawasan famosa. saya melihat kawasan di situ sudah disiap kan dgn begitu rapi sempena krismas. kelihatan rusa sdg makan, duduk dan pelbagai lagi. x lama kemudian kedengaran suara garau


"santa mesti x nak dtg sini. ye r asal dtg jer rusa dier kener sumpah."

siapa yg bersuara tu? . ceh, abg saya jer sebenarnya. saya fikir dia tidur disebelah saya rupa-rupanya dgn mata yg terbuntang menengok ke arah rusa-rusa palsu tu. kalau rusa tu ternampak muka abg saya, mau hidup rusa tu. hakhak. gurau wei!! lalu dgn kepala yg agak mengantuk dan agak bererabai, akhirnya saya sampai ke tempat penginapan yg amat dinantikan!! dipersembahkan:


villa de armour


sebenarnya x derlah bez sgt villa tu. kerana kerana... bilik dier terlalu besar buat saya yg diarahkan tidur sorang2. terlalu besar. dahla rumah dier dicat pink. ya, pink rakan!! mmg berdukacita. namun apabila mata betembung dgn sepasang mata itu. haelah! yaa, saya bertembung dgn sebuah kolam renang yg terletak elok di hadapan villa itu. Wah!! saya x perlu ke mana-mana untuk berenang. Tiba-tiba saya jatuh hati.


ok,abaikan ttg kolam renang itu. pada waktu malam, saya mengambil keputusan muktamad untuk tidur dibilik ibu dan ayah saya yg sememangnya lebih besar dari bilik saya. hoho!!

keesokan hari:

waktu pagi saya berbasikal di kawasan perumahan villa itu. kau tau wei, x der kereta lalu pon!! yang saya betembung dgn orang berjogging. wah, masayarakat disini, hidup sihat! huh, tgk saya yg termengah-mengah mengayuh basikal naik bukit, saya agak malu dgn diri. berbeza pulak dgn abg saya yg dh hilang dari pandangan saya. dier hanya tersenyum ke arah saya. ah, x senyum pon!

waktu malam, saya masuk ke koboi town!

saya tgk persembahan disana, rasanya padu mula dier ckp italy! hei aku melayulah! ckp r bahasa melayu. lalu dier membalas." KITA SATU MALAYSIA MAA" oh. saya termalu sendiri. lalu saya melihatlah persembahan gajah yg busuk. ada pulak budak cina kat dpn saya nak kasi makan kat gajah busuk tu, lalu gajah tu pon dtg hampir dgn kami, ya allah sya rasa saya boleh pengsan kala tu!! pastu budak kecik tu pegang2 lagi belalai gajah tu. huh, anak kecil! apa mereka tau!


lupakan lah cerita percutian saya. ni saya x puas ati ni. saya dah jadi makcik. ok, saya x amek kesah sgt kalau anak seara saya tu umor 1/2 tahun. ni 15 tahun!eh, 15 ker 16 ?? ah,biarlah. huh, tahun ni terlalu banyak jejak kasih! mengapa anak saudara saya lebih tua dari saya.?! why?! ah, saya tau. dier pon pasti x dpt terima saya lebih muda dari dier. hah! baik kau hilangkan bayang2 kau dari mata aku wahai anak sedaraku! perkataan makcik menghantuiku!! oh, tidak. saya mau ambil pil khayal sebenatar.ceh. bai!! saya nak g berperang!

Khamis, 16 Disember 2010

yaa. mari kita bermain kata di dalam blog ni. aceh! kejap, saya nak luahkan perasaan x puas ati saya di sini sebentar:


"woi angah, apa kau x puas ati ker dah main game ptg tadi, nak guna waktu mlm pulak. lemak ar!! nak guna untuk belajar konon. blah ar! uh, dh x boleh tng dh ni."


hah! puas ati saya. sebenarnya belum berpuas ati namun... biarlah. ni lagi satu. sbenarnya saya ni pergi ke x ke A famosa kerana tiada jeritan yang berbunyi

"Afiqah! pegi pack baju, bawak ke bilik mama lepas tu"

namun, suasana di rumah hanya sunyi. sesekali kedengaran cengkerik berbunyi. err, sebenarnya semuanya berkumpul di dapor. kedengaran perbualan amat hangat. namun, saya malas mau ikot campor. saya lebih suka berada di penjuru ruang tamu sambil berblogging. dgn ditemani secawan mocha. err, sebenarnya x der pon air. setitis air pon x der. rumahku dilanda kemarau hebat.

ceh, kemarau bendernyer. kau sendiri yg malas nak wat air, menyalahkan cuaca. hee. maaf tok. semasa cuti sekolah ni, saya terlantar di atas katil selama seminggu kerana kepala begitu pening, namun digagahkan juga tangan mencapai laptop. begitu hebat penangan teknologi kepada remaja.

pejam celik pejam celik rupa-rupanya lagi 2 minggu saja lagi saya akan membuka langkah selebar-lebarnya masuk ke kawasan sekolah bak kata aizat aliff.

"selamat datang ke neraka holding."

wah, itu anak! mulutnya amat berbisa yer! sebenarnya saya x ingat pon 2 minggu lagi nak bersekolah, namun abg saya terkenal dgn kelancangan mulutnya itu hampir setiap hari mengingatkan saya yg agak pelupa ni.

angah:2 minggu lagi jer, qah

saya: bender?

angah: sekolah..(sambil tersenymum)

saya hanya mencebik ke arah dier yg seakan tidak mahu mahu melenyapkan senyuman sinis dier itu. x per2. mungkin taun dpn atau 2 taun lagi dier akan pergi terbang bersama dania. ceh, x pasal2 aku tgk muka dier berlakon dlm siri awan dania yg entah kesiri berapa tu.

Isnin, 13 Disember 2010

kenduri kawen.


napa menangis wahai saudari. selepas disoal selidik. rupanya pengantin lelaki x sampai2. haha. kesian adik sedara aku ni



ni siapa yer. yg penting bukan sepupu aku. jadi maaf yer dik, adik x mendapat layanan dari saya. mainlah kau sorang2. hoho.



haha. su yaya tu dh penat dh melayan kitorang. hilang kecomelan dier. serius wei, aku suka dier. comel!!


ha.. ini pengantin yg kedua. haha. kami disandingkan dgn lebih meriah dari pengantin pertama. ceh. maaf, saya cuma gurau.


wohoo. tahniah kepada keluarga ini. hoho. eh, asal aku tgk muka si syamarul tu blur. rambut sudah mula kusut masai, namun itulah buah hati pengarang jantung yg dipuja2 oleh si yuyun tu ha. ish3.

wah, kak ain. lawa yer akak. ehem2. dier ni dituduh menjadi awek syamarul. berapi mata si yuyun tu.. rupa2nya salah. namun si yuyun masih x puas ati.



ceh, orang lain semua berpeluh2 melayan tetamu, kami dgn enaknya bersantai di keter ni. maaf wak, kami ni pemalas sikit.


budak ni. korang tau x, kami pusing satu rumah cari kasut dier yg hilang. lelah tau! kasut dier wat dajjal btol. org dh pandang pelik ke arah kami dh.leks r.




yeah. lihatlah si nisah ini. dier balek jer kampong, semua orang pandang dier dgn pandangan yg sungguh pelik. haha. saya yg mmg sedia kenal dier ni, dtg2 tros menerpa dgn soalan "kau kata dtg semalam. apa lah". dtg2 saya dh mrh2. haha



hah! inilah adik sedara saya. jgn cuba sesekali mempertikaikan saiz kami. haha. yuyun bergatal ngan mamat2 catering. haha. sumer dier ckp hensem. cukup2lah 10 pakwe kau tu ha.



ini.. ini.. err. ah, abaikan si yaya ni. haus benar dier.



haha. inilah pengantin nyer. maaf kerana saya cuma mengambil pengantin pompuan kerana pengantin lelaki tu tiada pertalian darah dgn keturunan pahlawan ini. ceh. lumba lari sikit dh jatuh, nak cakap pahlawan konon.



ah,3 anak dara yg perasan. kami melihat tiada orang di pentas tu. pentas?? aku x tau lah apa nama bender tu. lalu, akal kami panjang untuk bergambar. haha.


gamba ni kami ambil dlm tandas. bersih woo tandas dier. macam kami orang pertama yg gunakan tandas tu. padahal dh ramai dh yg guna. lawa giler. eh kau afiqah, yg puji melebih tandas pasal??
masjid x nak lak kau puji. baiklah, saya insaf. namun ianya berkekalan hanya selama beberapa minit.

Ahad, 12 Disember 2010

blogging! yeah. dekatkan sikit muka korang tu kat skrin kerana saya memahami pasti agak sulit untuk melihat tulisan.haha. x per. nanti saya tukar lah. jgn risau! sini saya nak ceritakan sedikit pasal kenduri kawen yg berlangsung di rumah wak saya a.k.a. kampong r. ha sebelum tu, tolong r wei. hentikan gejala songsang yg wujud kat fb tu. ceh. x r songsang mana. yg group2 tu ha. kalau nk wat pon jgn r babitkan saya yg malas sikit nak chat kat fb ni. nak delete menyinggung perasaan lak. adoyai. ok mari kita focus kat cerita kenduri kawen.

bermula perjalanan:

sepak menyepak mula berlaku di kereta. ceh. sebenarnya semuanya sibok melayari mimpi di dalam kereta. tidak berapa lama kemudian terdengar suara garau memecah kesunyian, haha. bapak aku lah wei.

abah: ok dah sampai. bangun2.

mama: hei, bangun2..(suara yg agak tinggi)

saya sudah mula mengintai-ngintai di tingkap, namun x nampak pulak saya rumah wak. yg ada kat dpn saya ialah bangunan yg tersergam indah. ceh. tesco namanya. lalu, saya mengalihkan pandangan kearah lain, tetiba saya terperasan ada seorang budak lelaki di sebelah saya. siapa dier ni?? rupa-rupanya dia adalah abg saya.dia masih lagi berdengkur di sebelah tanpa mengiraukan suara yg memanggil-manggil namanya. alahai kassim.


saya: napa kita singgah kat tesco ni.

mama: nak makan. nanti kat rumah wak x der makanan;


Selasa, 7 Disember 2010

hei bong! ceh, ntah siapa si bong tu. apa cerita untuk ari ni ya?? sebenarnya saya mana ada idea nak tulis