sabtu. pukul 12 malam.saya termangu di serambi rumah sambil memikirkan masa depan yang samar. Sememangnya sejak akhir-akhir ini kepala saya sedikit berserabut. terasa seperti processor otak saya sudah dijadikan markas penggodaman virus-virus ganas yang tidak berhati perut. Serabut,kaut,kelam kabut, aneh, ganjil, pelik, jelik, dan macam-macam lagi! Hendak dikatakan saya tersalah makan,tidak. Ataupun mungkin saya diserang alzheimer?
Jangan!jangan begitu. Saya masih muda. PMR pun belum lagi.Oh,TUHAN.Mental saya benar-benar terganggu saat ini.hmm. nama saya Afiqah Hazwani Binti Jaafar.Jaafar b.Ahmad. usia baru mencecah 13 tahun. kata mama,nama Afiqah yang saya miliki ini membawa tuah. Katanya lagi,abah menamakan saya dengan nama itu sempena nama seorang tokoh korporat melaya yang berjaya. ceh bantai.sambung balik. Tokoh korporat itu begitu berjaya dalam menjalankan perniagaan import dan eksport ayam serama. Abah terjumpa nama Afiqah semasa dia membaca surat khabar. haha. mengarut. Ketika itu,dia sedang melepak sambil minum kopi di warung Wak Dasuki.
Apabila difikirkan kembali,saya sedikit keliru.Masakan tidak? sejak kecil hingga sekarang, nama Afiqah itu langsung tidak membawa tuah pada diri saya.Entahlah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan