Rasa bosan sedang berlari lari di dalam hati. Ohai. Aku penulis blog ni yang kedua :P memandangkan blog masing-masing tak laku, jadi kitorang buat keputusan nak kongsi blog hoho. Memalukan. Tapi aku tak ambil kisah walau sekelumit pun. Mesti reaksi korang macam gambar bawah ni -,-
"HIHIHI BLOG TAK LAKU, takde sape baca hihihih."
Agak. Biadap. Baiklah, apa kata korang simpan jee tawa riang kau tu sebelum aku penggal korang hidup hidup dalam ladang kelapa sawit atuk aku. Ceh lihatlah betapa ganasnya aku layan tetamu.
Tadi exam Maths. Bangang. Dahlah otak aku ni bersawang akibat dah lama tak buat latih tubi Maths kat rumah. Then aku hentam je lah. Bila cikgu dah kutip paper, masing masing seret kerusi, duduk kat meja Afiqah. Part ni aku malas betul nak turut serta. Bincang pasal soalan soalan yang merunsingkan. Time tu mesti aku sorang jee ganjil buat jawapan lain. Confirm mesti aku punya ah. Takde orang lain deh. Yang siotnya orang sume jawab B, aku tetibe D. Pergi mati :|
Lepastu Sejarah. Takde lah malapetaka sangat. Kay ah daripada Maths tadi. Blablabla waktu Agama pulak pergh, tak beragak betul. Ustazah cakap masuk bab itu, tapi tadi soalan asing yang lahir di sebalik kertas durjana tu. Apa kes? Nasib baik aku hafal erti puasa. Nasib baik. Dan yang soalan lain lain tuu, tahlah. Pandai pandai ah diorang hidup.
Hmm.Tadi cikgu praktikal yang handle kelas aku waktu paper agama. Aku malas je nak cari pasal dengan beliau tadi *kerek je aku ni*. Takde mood terus. Apa taknya, soalan agama tak dapat jawab :| sooo, to Mr Nameless ni, takyah lah bajet sangat woih. PRAKTIKAL JE KOT WEH?!?!?! Anyway, paper kitorang dah kena kutip, apa masalahnya kalau kitorang nak berbual or whatever. Bukannya tiru. Sila ambil iktibar. Sekian terima kasih zzz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan