Sabtu, 11 Jun 2011

hai, aku nk sambong entry aku yg tergendala. sampai mana aku nyer bebelan? oh ya sampai ke KH kan. dah la wei. aku tgk budak ERT tenang jer jwb. budak PD dah mula menggelabah. mulalah aku tgk kepala budak makin lama makin tinggi. mata makin lama makin juling. mulut bergerak tanpa suara. kertas kecik berada di setiap genggaman tangan. kertas sengaja di angkat tinggi memudahkan kawan sebelah meniru. pen sengaja dijatuhkan padahal kat penutup pen tu terselit wei jawapan. betapa bijaknya remaja sekarang. namun tidak boleh menyalahkan pelajar seratus peratus. cikgu tu pon satu. yg pegi kasi soalan x masuk akal wat per. ada ker dier tanya

"wayar ni kaler apa"


masalahnya aku ni blajar PD. x der masa aku nk kaji wayar wayar sumer tu. kasi lah soalan pasal berniaga. contohnyer :

" pasar malam di SUNGAI BUAYA diadakan berapa kali seminggu"

barulah sedap sikit hati aku nk jwb. sebenarnya kan wei, aku rasa entry yg lps aku nk citer psl cuti aku g sarawak kan. yg aku boleh terjebak dlm exam KH ni pahal. mari kiter kembali ke tajuk yg asal.

aku naik flight kol 4 ptg. aku smpi KLIA kol 3. aku tros pegi check in. pastu perut aku mula bergetar. ada mcg masuk. aku pon belah perut aku pastu baca mcg tu. mcg tu berbunyi :

" hey hey tuan. aku tau la kau suka sgt pegi sarawak
tapi x payahla lupa aku ni. aku makan wantan je tuan
tu pon x cukup. "


ha elah kira okey la tu aku kasi kau wantan tadi. aku pon memukul perut sendiri. org awam mula memberi perhatian kepada aku. aku termalu sendiri. pukul 3.30 aku pegi KFC. ayah aku baru nak pesan 5 ketul ayam tersentak apabila mendengar kami sudah diarahkan naik ke flight. namun kerja harus diteruskan. ayah aku meneruskan juga ordernya tu. walaupon sebenarnya kami dh order mknan dlm flight nanti. oleh kerana tamak, kami mahu juga mkn KFC. berlari ayah aku bwk ayam tu. kami mkn dgn gelojoh. dikala org sekeliling tenang makan sambil melayari internet, kami bersingsing lengan dan makan dgn gaya sumo.


setelah licin. aku mula memulakan lagkah ke desinasi seterusnya. bender yg plg aku x suka dlm hidup. pemeriksaan badan lah beg lah. hey dude. muka aku ni ada rupa jenayah ker?! fikir la wei! aku ni baru 14 tahun. mana mungkin la aku bwk dadah ke parang ker dlm beg. cuma buang masa dier jer.


dalam flight aku dok sebelah cina mana ntah. sedap benar dier tidur sebelah aku tanpa menghiraukan sesapa. aku syak dier kejer sebagai setiausaha. sesuai dgn muka dier. namun setelah 10 minit aku terikut tertidur. penat bai ! dari sekolah tros pegi KLIA. flight aku mendarat kol 6 ptg. tgk kat sana dh nk maghrib.

rehat jap kat hotel. pastu mlm turun mkn. ah bosan.

hari ke 2. aku pegi mana ntah. aku pon lupa. aku nk pegi rumah panjang. tapi tempat tu jauh sgt. aku pergi kat gunung santubong jer wei. puteri kener sumpah tu. pasu ada akak tu dier nyanyi lagu santubong. hujan secara tiba2 turun. kami menyalahkan akak tu. ayah aku ckp santubong menangis dgr akak nyanyi. ayah aku siap wat dialog lagi. ni dialog ayah aku:

"jangan nyanyi lagi. tolong jangan nyanyi"


sambil melunakkan suaranya. apalah. aku x taula sama ada nk percaya ke tak yg gunung tu sumpahan ker tak. dah la wei. aku rasa cukup sampai di sini. kalau aku ada mood, aku blogging lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan