Rabu, 21 November 2012

nenenene teganu kita



Jadi jadi. klah aku tengah boring gila lah weh. Susah betul hidup jadi orang takde arah tuju ni. Meh sini aku cerita pasal Hafirah Naqisya. Yeah tak perlu lah aku terangkan selanjutnya sapa hafirah ni. yang baca blog aku pun kawan aku je pun. Buat penat aku je menaip. Dahlah elektrik takde. Aku menaip bertemankan lilin yang lemah-gemalai. K aku tipu. HAHAHAHAHA. Kalau takde elektrik camnelah aku update blog aku ni sekarang. HAH ! nampak tak permainan dia kat situ. Kalau tak nampak, pandai-pandailah kau. sebelum aku melalut, mari kita meneruskan agenda kita pada hari ni. Calon pertama jengjengjeng. Makcik-makcik yang sedang mencari calon menantu sila dekat sedikit.



Nur Hazziqah


cantik kan kan ? untunglah woi ! aku ni ha si hodoh, jumpa orang je, semua nak baling dengan buah durian. Aku redha. dia ni baik gilooosss. Sudah berpunya. Jadi makcik, tolong jangan berangan. Tapi tapi dia dah nak pindah tahun depan. Memang sedihlah kan. aku ni haa peneman dia cari cikgu nak lengkapkan borang pindah sekolah. Bagai mahu tercabut kaki rasanya. 




Nid Ada Qistina


Apa ? tak dengar ? haha k gambar ni memang aku curi dari twitter dia. hehohehoheho. Ini juga sudah berpunya. jadi sekali lagi makcik, jangan kecil hati. Ni bukan untuk anak makcik. Budak yang selalu cakap dia gemuk ! jangan sampai aku gali kubur untuk dia. haha kejam doh. Love chu. Muah. Awww. Rasa macam sweet sangat pulak. nyenyenyenye.




Wan Noor Syahirah



Okay ni diaa si wan kita. Budak yang tak boleh berpisah dengan buku. Tak tahu lah apa masalah budak ni. Lagi satu wan ni tak habis habis  dengan Ryeowook entah macam mana nak eja. Tak hensem pun weh.. Aku punya lagi hensem. Apa eh nama dia ? Sebenatar saya mahu ber-google. Yay dapat. Nama dia Song Joong Ki.








Hahahahahaha. Aku lihat dia disana, aku ingin mendekatinya. Keluar dah lagu Ainan Tasneem. Aku suka dia doh. Waktu first time tengok dia, kemain lagi cakap mamat jambu mana pulak yang berlakon ni. Namun sekarang, segalanya berubah. actually dia taklah hensem mana tapi aku suka dia. Ingat nak cari gambar dia yang super damn handsome, namun kemalasan yang membuak-buak menghalang segalanya. Aku ambik gambar mana yang muncul dahulu. Malas pulak aku nak search sampai ke lubuk dunia. Okay sambung balik cerita kita tadi. next tararang 






Nurul Iman


ecehcehceh. Aku kawan dengan orang gila warak doh. Dia ni memang kuat iman. Kau tengok nama dia pun dah terselit Imankan. Pergi sekolah pun pakai purdah. Fuhh memang calon menantu lah pendek kata. Jadi Makcik semua. Tenunglah puas-puas. Tapi semua tu aku tipu je. huhu. Eww pahal gedik sangat aku. Dia ni gila. Tu je lah.




Noor Syakirah Hani

                                 

Yeah syasya. Dia ni hot kau tau tak. facebook lah twitterlah. semuanya hot. Ex dia pun dah berapa ramai entah. Aku ni tergolek-golek takde boyfriend. Namun apa ku kisah. Yang penting aku dapat makan. syasyasyaysyasya. K aku dah takde idea nak cakap apa. Lama pulak rasanya tak jumpa budak ni. 




Yeay, akhirnya selesai benda alah ni. Bertahun aku siapkan. hidung aku berdarah darah nak siapkan semata-mata nak puaskan hati hazziqah. 



p/s : eh form 5 tak habis spm lagi eh ? jadi goodlucklah untuk syahmi and zhafri.  Dan dan dan dan dan dan dumdamdudu gurindam bergema.haha. goodluck untuk ke 100 kalinya buat juara jejaka botak 2012 iaitu syafiq atau lebih dikenali sebagai si botak. baik-baik jawab paper spm. Lailai kbai. Jumpa musim bunga nanti.



















1 ulasan: