Rabu, 6 April 2011

Hari paling best weh :')

Beradanya anak Alias di sini kerana ingin menegakkan keadilan. Bahawa kerja sekolah tak sepatutnya diwujudkan. Kalau aku masuk pertandingan berdebat, juri tengok muka aku pun, aku boleh tersingkir. Tapi itu semua bukan titik rujukan kita pada hari yang hening ini. Hari ini aku dengan megahnya berdiri di puncak menara kejayaan ingin mentitipkan beberapa keputusan ujian bulan 1. Ahaa, bajet cemerlang er :| Padahal ~

Aku terfikir balik. Buat apa aku nak tayang keputusan corot sepanjang zaman aku tu kalau ianya hanya meloboskan maruah seorang pelajar seperti aku?! Korang sume takyah tau lah. Aku faham korang mesti kecewa bila aku menukar fikiran kan? Haha. Takpe. Relaks, relaks.

Hari ni entah kenapa best pulak aku datang sekolah. Diorang la pergi mengarut. Berak sampai tersenyum senyum la. Pastu boleh pulak si Hazz tarik kelopak mata Syasya. Mau terbenam mata budak uh. Tak ke gila namanya diorang tu?! Haih. Tak senonoh betul mereka tu. Nampak sangat lemah iman ~ (aku ni macam la kuat iman sangat).

Aku ketawa hinggakan rahang mulut atas tertukar dengan rahang bawah. Lalu aku terpaksa menjamah makanan menggunakan tiub. Ceh.

Kat kelas tadi aku macam orang dah takde rupa orang ~ Afiqah panggil aku orang asli. Tah ape masalah dia. Sekali aku lesing, jangan sampai mulut kau terjungkit sebelah weh. Kesimpulannya hari ni best gileeeee. Dahlah belajar sikit je tadi. Sekadar BM dan SEJ. Agama pun buat nota er. Waktu BI tadi teacher tak masuk. Uuuu. Oney is oney. Ceh bengong :| Waktu koko pun, kitorang melepak. Bersidai di tebing kantin sambil bersiul pada pemuda kacak yang lalu lalang. Ceh gila lah kau nii! kitorang berborak je. Takleh belah betul. Dengan Syasya begitu asyik mengulit angan-angan sendirian sambil tersenyum simpul. Seram pulak aku tengok.

Oh yeah. Aku kena suntik tadi. Halahhh. Korang boleh tanya rasa apa? Mestilah sakit weh. Takkan geli pulak. Ceh padahal aku pun tanya Afiqah 'sakit er weh?' Ahaa, biasalah aku. Mengata orang paku serpih. Ceh. Berterabur haa peribahasa aku :| lantaklah weh. Bukannya ada Guru Bahasa Melayu Professional terlatih dari perlembagaan jabatan ilmu (taram je weh) nak baca blog penuh menggebang ni.

P/s : Perkara paling lawak untuk hari ini. Bantai Afiqah carik kesan perjanjian Bangkok 1909 kat info arkib HAHAHAHAHAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan