Khamis, 20 Disember 2012

yay

guess what uollllllzzzz, aku dapat 9A. kahkah jakun doh. gila kau tak happy. kami berenam dapat keputusan yang sangat bagus. *tepuk tangan laju-laju sampai takde bunyi* okay tu jelah. alhamdulillah sangat sangat. kbaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiii.

Ahad, 25 November 2012

LET'S PARTY




GUYS, AKU TENGAH PARTY. ALONE EH SILAP DITEMANI OLEH RAMLAH RAM DAN MAS IDAYU BERGELEK-GELEK DEPAN AKU MENGHIBURKAN HATI YANG LARA. SUDAHLAH AKU OTW PERGI BANGUNAN TINGKAT 8 UNTUK MERIALISASIKAN IMPIAN AKU BUNUH DIRI. KEJAP TETIBA TERINGAT CERITA PONTIANAK VS ORANG MINYAK YANG AKU TENGOK SEMALAM. JOHAN NAK BUNUH DIRI TAPI TERJUMPA ORANG MINYAK. MUNGKIN NASIB AKU SEPERTI ITU. SUDAHLAH SUDAHLAH AKU NAK TENGOK RUNNING MAN. MENGHIBURKAN HATI SEBENTAR DIKALA TEMAN-TEMAN ASYIK BERGELAK KETAWA SEKARANG. MEMANG CAPS LOCK AKU ROSAK HARI INI. MEMANG !



KENAPA ABANG AKU TAK BANGUN-BANGUN NI ? MENGIKUT JAM CABUK DEPAN AKU NI SUDAH PUKUL 3. MUNGKINKAN DIA PUTUS CINTA ? JANGAN NAK BUAT LAWAKLAH. TAKKAN. BIARLAH BUDAK TU TIDUR. 

Rabu, 21 November 2012

nenenene teganu kita



Jadi jadi. klah aku tengah boring gila lah weh. Susah betul hidup jadi orang takde arah tuju ni. Meh sini aku cerita pasal Hafirah Naqisya. Yeah tak perlu lah aku terangkan selanjutnya sapa hafirah ni. yang baca blog aku pun kawan aku je pun. Buat penat aku je menaip. Dahlah elektrik takde. Aku menaip bertemankan lilin yang lemah-gemalai. K aku tipu. HAHAHAHAHA. Kalau takde elektrik camnelah aku update blog aku ni sekarang. HAH ! nampak tak permainan dia kat situ. Kalau tak nampak, pandai-pandailah kau. sebelum aku melalut, mari kita meneruskan agenda kita pada hari ni. Calon pertama jengjengjeng. Makcik-makcik yang sedang mencari calon menantu sila dekat sedikit.



Nur Hazziqah


cantik kan kan ? untunglah woi ! aku ni ha si hodoh, jumpa orang je, semua nak baling dengan buah durian. Aku redha. dia ni baik gilooosss. Sudah berpunya. Jadi makcik, tolong jangan berangan. Tapi tapi dia dah nak pindah tahun depan. Memang sedihlah kan. aku ni haa peneman dia cari cikgu nak lengkapkan borang pindah sekolah. Bagai mahu tercabut kaki rasanya. 




Nid Ada Qistina


Apa ? tak dengar ? haha k gambar ni memang aku curi dari twitter dia. hehohehoheho. Ini juga sudah berpunya. jadi sekali lagi makcik, jangan kecil hati. Ni bukan untuk anak makcik. Budak yang selalu cakap dia gemuk ! jangan sampai aku gali kubur untuk dia. haha kejam doh. Love chu. Muah. Awww. Rasa macam sweet sangat pulak. nyenyenyenye.




Wan Noor Syahirah



Okay ni diaa si wan kita. Budak yang tak boleh berpisah dengan buku. Tak tahu lah apa masalah budak ni. Lagi satu wan ni tak habis habis  dengan Ryeowook entah macam mana nak eja. Tak hensem pun weh.. Aku punya lagi hensem. Apa eh nama dia ? Sebenatar saya mahu ber-google. Yay dapat. Nama dia Song Joong Ki.








Hahahahahaha. Aku lihat dia disana, aku ingin mendekatinya. Keluar dah lagu Ainan Tasneem. Aku suka dia doh. Waktu first time tengok dia, kemain lagi cakap mamat jambu mana pulak yang berlakon ni. Namun sekarang, segalanya berubah. actually dia taklah hensem mana tapi aku suka dia. Ingat nak cari gambar dia yang super damn handsome, namun kemalasan yang membuak-buak menghalang segalanya. Aku ambik gambar mana yang muncul dahulu. Malas pulak aku nak search sampai ke lubuk dunia. Okay sambung balik cerita kita tadi. next tararang 






Nurul Iman


ecehcehceh. Aku kawan dengan orang gila warak doh. Dia ni memang kuat iman. Kau tengok nama dia pun dah terselit Imankan. Pergi sekolah pun pakai purdah. Fuhh memang calon menantu lah pendek kata. Jadi Makcik semua. Tenunglah puas-puas. Tapi semua tu aku tipu je. huhu. Eww pahal gedik sangat aku. Dia ni gila. Tu je lah.




Noor Syakirah Hani

                                 

Yeah syasya. Dia ni hot kau tau tak. facebook lah twitterlah. semuanya hot. Ex dia pun dah berapa ramai entah. Aku ni tergolek-golek takde boyfriend. Namun apa ku kisah. Yang penting aku dapat makan. syasyasyaysyasya. K aku dah takde idea nak cakap apa. Lama pulak rasanya tak jumpa budak ni. 




Yeay, akhirnya selesai benda alah ni. Bertahun aku siapkan. hidung aku berdarah darah nak siapkan semata-mata nak puaskan hati hazziqah. 



p/s : eh form 5 tak habis spm lagi eh ? jadi goodlucklah untuk syahmi and zhafri.  Dan dan dan dan dan dan dumdamdudu gurindam bergema.haha. goodluck untuk ke 100 kalinya buat juara jejaka botak 2012 iaitu syafiq atau lebih dikenali sebagai si botak. baik-baik jawab paper spm. Lailai kbai. Jumpa musim bunga nanti.



















Khamis, 7 Jun 2012

shut up and read

Guys, come on. janganlah jealous kat aku. Ceh tetiba kan. Aku nak kasi tahu sama kamu semua kalau aku rasa bersyukur nak mampus lah aku lahir 9 januari. Haha selama ni kemain lagi aku merungut kenapa aku lahir bulan januari. Yela korang fikirlah kan. Berapa kerat sangat kawan korang tu lahir bulan januari. Ada lebih lima orang ?takkan? Waktu aku kecil, aku nak selalu fikir yang aku nak lahir bulan mac. Ya allah weh bulan mac kemain ramai lagi. Waktu aku darjah tiga lah, selang 2 hari je aku dapat jajan sempena hari jadi diorang. Tapi bulan mac sajalah. januari ? jangan harap. Aku sorang je dulu. Tu pun mendiamkan diri waktu birthday. Punyalah kedekut aku nak keluarkan duit seposen belikan korang jajan. Ya pukullah aku. Tapi tapi tu semua hanyalah sejarah. Sampai lah sekolah menengah, ada sorang lahir 6 januari. baguslah. terima kasih abang jimi.






Mempersembahkan si jimi. Mangsa buli kami di sekolah. Kitorang berpakat panggil dia abang. Biar dia stress. Memang tu pun tujuan aku. Tapi tapi aku rasa gembira gila lahir 9 januari sebab eijat pun lahir 9 januari. Indah bukan ? okay aku dah menggila kat sini. Thanks eijat sebab mengembalikan keyakinan aku. ayat memang mintak lempang 10 kali. wah jam hampir menunjukkan pukul 2.30 pagi. Nampaknya masa untuk aku merangkak ke katil. Nanti bergegar rumah besok waktu mama kejutkan aku. Aku ni dahlah jenis menyahut sekali pastu tarik selimut. Dalam 2 jam baru bangun. Sikat rambut pastu pura-pura dah lama bangun. Taktik lama. Bila mama tanya dah kemas bilik ke belum, berlari ke ruang tamu and duduk kat penjuru rumah. Buat muka fobia sikit. tipu jer. Bila mama tanya dah kemas ke belum, buat muka selamba kucing. Nampak mama tengah goreng nugget curi satu nuggget. curi lagi lagi dan lagi. Akhirnya tinggal beberapa ketul. Aku ingat lagi aku curi tempe. Mak aku tanya sapa ambil tempe, aku tak mengaku kot. Nakal ya kamu afiqah. oklah bai. Besok nak tengok wayang. Lailai cerita piranha. Tunggulah ulasan seterusnya dari prof. Afiqah hazwani Madya hassan. Bantai curi nama pengarah filem.


Isnin, 4 Jun 2012

Aku tidak mampu

Ya aku tidak mampu. apa yang tak mampu ? Korang jangan salah sangka. Aku bukannya nak berjiwang seperti yang kalian sangka. Siapalah aku untuk berjiwang. Hingus meleleh pun minta tisu dari kawan. Ceritanya begini, aku mendapat tahu bahawa sejarah tiada siapa dapat A. Paling highest pun 72. Dan orang yang dapat tu kawan baik aku. Wan Noor Syahirah. Seronok kau tikam belakang aku ya wan. Mari aku masukkan gambar dia sekali.





Yang berbaju biru itu. Sebenarnya gambar ini 2 tahun yang lepas. Aku tak jumpa lak gambar dia tahun ni mahupun tahun lepas.  Tahniah la kan. Aku baru dapat 2 subjek.

Kemahiran Hidup Bersepadu : 67

Bahasa antarabangsa : 80


Okay, bajet betul tulis bahasa antarabangsa. Sebenarnya hanyalah bahasa arab.  Memang tidak memuaskan hati. sekali lagi diulang  aku tak mampu dapat 9A. Ah lupakan.


Tadi kan kita kan tengok blog eijat..  

Title : You can't be a pencil to write someone's happiness

Kisah dia tentang dia terbaca status perempuan yang tulis pasal pencil tu lah. pastu diorang berkenalan. then, perempuan tu tetiba menghilangkan diri. Eijat pun tak tahu kenapa. Aku lagilah tak tahu. Ah perempuan tu, beria cakap friendship foreverlah apalah. Last-last kau yang tinggalkan eijat. 

Sebenarnya aku sedikit sedih sekarang ni. ex crush aku send love kat wall awek dia. Tapi cuma sedikit. Pastu cepat-cepat aku tengok blog Eijat. Macamlah blog dia tu boleh bercakap. tenangkan aku. Tapi, baca blog si aizat ni buat aku tenang sikit. Macam orang sewel je aku ni. 



Mood sebelum baca blog aizat





Mood selepas baca blog aizat


Ketahui perbezaannya. Good luck. ceh tetiba.





Jumaat, 1 Jun 2012

Eijat Abdullah :)

okay okay. tah sapa punya pakwe aku cekau ni. Suka hati aku je tulis nama si Eijat ni. Dia ni bakal suami,bakal besan, bakal mertua aku. Semua aku nak ambik. Mula-mula berangan jadi isteri dia. Alamak nasi lemak, dia dah ada awek. Berangan pulak nak kahwinkan anak aku ngan anak dia. Dalam otak aku terbayang-bayang anak aku yang handsome tu kahwin dengan anak dia si leesya tu. Lepas tu, secara tiba-tiba anak aku tak suka anak dia sebab anak aku dah jatuh cinta dengan Mia Sara Nasuha. Takpe anakku, mama akan kahwin dengan si Syalee. Maka dipendekkan cerita, Eijat jadilah aku punya mertua. Ya Allah, janganlah Eijat atau kaum kerabat dia baca benda mengarut ni. Malu aku kiah oi. Berangan kemain lagi.

Hari ini cuti sekolah. Tiada apa yang membarangsangkan. Pergi tuisyen dengan harapan boleh jumpa si Zayn Malik namun harapan tinggal harapan. Bayang dia pun aku tak nampak. Yang ada hanyalah muka-muka yang tidak diperlukan. Ah, sedih mengenangkannya.

Fuh dan fuh akhirnya setelah sekian lama. Zaman kegemilangan aku sudah muncul.

                                    




                                   Dengar sini semua orang kampung. haa yang jauh tu mari dekat.
      Saya mahu mengumumkan bahawa saya sudah menyiapkan folio 
         sejarah saya.                         




oh yeah. aku rasa macam nak berlari keliling rumah. penat aku menyiapkannya. Tengah malam menghadap lappy. Dah gaya macam orang bekerja dah aku rasa. Berlagak matang sebentar, Eijat Abdullah mesti bangga ngan aku. Lepasni aku nak tidur, mimpi eijat. haha gedik. Apa ? korang tak kenal eijat ? Waduh non, itu anak femos orangnya masakan kamu nggak kenal ? Biar aku selaku peminat fanatik dia letak gambar dia.




                                              Dia nak pergi kahwin ngan aku tu. ceh berangan




Oh god. So handsome



asdfghjkll


                                 

                                                           Mahu ke mana ha aizat ?





Maka tamatlah post aku yang gedik ni. Simpan rahsia tau yang aku ni minat Aizat Amirul Abdullah. Kita-kita je tahu.

Selasa, 29 Mei 2012

hai awak

tengok tajuk tengok. hai awak. ah, gedik punya tajuk. Kau tau tak berapa lama aku tungggu blog aku ni direpair ? berapa lama aku harus berpuasa ? kau tau ? seperuh mati aku menanti. Walaupun tiada siapa yang baca blog aku ni. namun apa ku kisah. sekarang aku tengah mengintai blog eijat abdullah. ah itu anak. aku suka kot blog dia. *orangnya hensem juga * namun apa kan daya, aku ni hanyalah gagak di rimba sedangkan dia merak kayangan. *baru belajar bahasa melayu* apa lagi mahu ditulis. Tadi idea kemain lagi mencurah-curah sampai aku terpaksa menadah pakai timba. Tak cukup lagi tu. Dengan perigi aku tadah. Puas hati seketika. Namun, mungkin kerana perigi itu bocor. idea aku makin menghilang. Yelah. sebelum aku tadah tadi pun, dah usang bebenar perigi tu. Entah berapa tahun dibiarkan usang sendirian. mungkin dari zaman parameswara. Aku seorang yang pandai menghargai barangan antik. Besok sekolah weh. Aku tak nak. Cikgu cakap waktu cuti sekolah, kita cuti. *lenggok kata budak darjah 1* Sememangnya kita tidak boleh mempercayai sesiapa -__-  Aku ni dahlah memang juara datang lambat. Muka dah setebal tembok china. Setiap hari menayangkan muka. Kalau lawa macam Lisa Surihani takpe lah juga. Ni hodoh eh maksud aku tak lawa. Lisa waktu menguap pun jauh lebih lawa. Untunglah kau Yusry. Dapat hotchick Malaysia. Entah apa nasib bakal suami aku ni. Meroyan agaknya.

Sebenarnya aku nak share cerita sedih ni, kekasih hatiku ceh berangan. Crush aku iaitu campur *nama samaran* dah kapel balik ngan awek lama dia tu. Menyampah aku tengok facebook diorang. ahah kau jealous cakap saja lah afiqah. Memang ! Sudah nasib badan. Terima sajalah. Mari kita teruskan hidup. Mungkin aku boleh jumpa yang lebih bagus daripada si badut kering tu. Muka macam Zayn Malik pun jadilah weh. Tapi kat sekolah aku ada si india ni mereka panggil dia Zayn Malik. Gelap seketika dunia. Zayn Malik tu hensem, kenapa dibandingkan dengan  india itu yang tidak jelas asal-usul nya.

Sebelum patik mengundur diri. Patik mahu ..... entahlah. Sebenarnya nak cakap happy birthday kat kawan baik aku je. Beria betul aku nak bermadah.

Untuk Wan Noor Syahirah * tulisan sengaja dimerahkan *

Aku tahu aku bukan kawan kau yang terbaik. *ayat tak boleh cun lagi* Seronoklah kau kan birthday bulan 6 ni.Kita celebrate kat Old Town. Waktu birthday aku, aku tiup cupcake saja. itupun seorang diri dalam bilik yang gelap *stor* bersama habuk. Kau nak tengok aku pakai tudung si cheetah tu. memang tak boleh lah weh. Mungkin kau boleh minta permintaan yang lain. Tahun ni kemungkinan besar tahun terakhir kita bersama. Lepas ni kau mungkin sekolah asrama. Aku ni sekolah teknik jadilah. Tak layak berganding dengan mereka yang pandai. So,hari pun sudah jauh malam. tangan aku penat and

      HAPPY BIRTHDAY WAN NOOR SYAHIRAH 


Aku tak ada hadiah. perut saja saya tadah. Saya sayang wan. muah sini sana. Jangan lupakan aku kalau kau dah besar.

p/s : Wan sayang, aku nak pinjam folio geo kau boleh tak. Bolehlah wan. thanks. Jasamu dikenang. Nanti sampai anak cucu aku cerita pasal jasa kau pinjamkan aku folio geo. <3